Wednesday, May 28, 2008

Restoran Rumah Thai Taman Dagang Ampang

Sempena pembukaan rasmi RRT Ampang, satu majlis doa selamat akan diadakan pada :-

Tarikh                : 31 Mei 2008
Hari                    : Sabtu
Tempat              : Restoran Rumah Thai
                             Jalan 1/1A Taman Dagang
                             Ampang Selangor
Masa                  : 5.00pm (Selepas Solat Asar)
Telephone        : 03-42581200

Kehadiran tuan / puan adalah sangat dialu-alukan.

 


Posted by Restoran Rumah Thai at 03:38:11 | Permalink | Comments (1) »

Monday, May 26, 2008

Ucapan Terima Kasih daripada Pihak Pengurusan kepada Chef & Kakitangan Restoran Rumah Thai

Pihak pengurusan Restoran Rumah Thai ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan yang membantu menjayakan perniagaan ini. Segala sumbangan, khidmat bakti dan dedikasi kami ucapankan ribuan terima kasih. Kepada pelatih-pelatih dari UITM & UIA diharapkan pengalaman ini menjadi satu inspirasi kepada anda apabila melangkah keluar dari universiti nanti.
Posted by Restoran Rumah Thai at 04:04:11 | Permalink | No Comments »

Friday, May 23, 2008

Sambutan Hari Guru Sek. Keb. Saujana Utama di Saujana Club House

Pihak RRT Saujana Utama berbesar hati menerima kunjungan guru-guru dan kakitangan Sek. Keb. Saujana Utama pada hari ini 23 May 2008 sempena sambutan hari guru. Pihak RRT telah menyediakan hidangan dan atucara yang menarik sempena sambutan tersebut. Berikut adalah gambar-gambar terpilih RRT pada hari ini.

“SELAMAT HARI GURU DARI KAKITANGAN RRT SAUJANA UTAMA”


Posted by Restoran Rumah Thai at 01:59:29 | Permalink | No Comments »

Thursday, May 22, 2008

Restoran Rumah Thai Saujana Utama

Pada 17 May 2008, Restoran Rumah Thai dengan berbesar hati telah mengadakan majlis doa selamat dan bacaan yassin di Saujana Utama Club House. Kira-kira 80 orang termasuk ahli Surau Al Hidayah dan penduduk turut serta dalam majlis tersebut. Dengan ini, secara rasminya RRT Saujana Utama telah memulakan operasinya.

Masa Operasi:-
Hari   : Isnin hingga Ahad
Masa : Sabtu & Ahad (8.30am hingga 11.00pm)
            Hari lain 11.00am hinga 11.00pm

Semua dijemput hadir.
  


Posted by Restoran Rumah Thai at 07:44:16 | Permalink | No Comments »

Tuesday, May 20, 2008

Ala Carte Restoran Rumah Thai

Antara hidangan yang perlu dicuba adalah seperti berikut:-
a. Udang Butter
b. Tomyam Songkhla
c. Rojak Buah / Saguo Puding Ais Krim
d. Siakap Stim Asam Boi
e. Ayam Pandan
f. Sotong Tepung

 


Posted by Restoran Rumah Thai at 07:10:51 | Permalink | No Comments »

Artikel Utusan Malaysia for Restoran Rumah Thai

Terima Kasih …Noor Fazrina Kamal


KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,” pepatah ini cukup tepat menggambarkan persamaan yang berlaku antara seorang anak dengan ibu atau bapanya.

Begitu juga yang terjadi dalam kehidupan Nazmizanfazilah Abdullah, pemilik Restoran Rumah Thai yang terletak di Melati Utama, Setapak, Kuala Lumpur.

Pada awalnya dia tidak menduga, malah tidak pernah bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah ayahnya yang memiliki sebuah gerai makanan ala-Thai.

“Sebagai anak sulung, saya menyaksikan kesusahan bapa menanggung kami sekeluarga dengan hanya berniaga di gerai makanan.

“Keperitan yang dilaluinya menjadikan saya sendiri tidak berminat langsung untuk membuka perniagaan berasaskan makanan,” ujarnya yang lebih selesa dengan panggilan Nazmizan.

Justeru, selepas berjaya memperoleh ijazah perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, pada tahun 2000, Nazmizan memilih untuk makan gaji sebagai juruaudit di sebuah firma akauntan.

Namun, ketentuan Allah tiada siapa dapat menduga. Selama tiga tahun bertugas mengaudit syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan, minat beliau datang secara mendadak.

“Waktu itu, saya melihat bidang perniagaan makanan ini mempunyai prospek yang baik jika dibuat dengan betul. Di samping itu, niat utama saya untuk membantu bapa yang juga menjalankan perniagaan membekalkan bahan mentah dan kering,” jelas ibu kepada dua cahaya mata, Daniel Hakim, 8. dan Daniel Hafidz, 5.

Bagi Nazmizan, 33, selain ingin memiliki perniagaan sendiri, paling penting dapat menjana satu jaringan perniagaan untuk bapanya yang menjalankan perniagaan pembekalan.

Katanya, Restoran Rumah Thai diwujudkan pada usianya mencecah 29 tahun dan kini sudah hampir lima tahun beroperasi.

“Sememangnya Restoran Rumah Thai ini dizahirkan menerusi inspirasi daripada gerai bapa saya dan istimewanya, ia menggunakan resipi tomyam yang direka oleh bapa saya sendiri,” kata nya..

Pepatah Melayu berbunyi, “Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,” begitulah adat berniaga, jika tidak berani mengambil risiko pasti kecundang dengan rintangan yang mendatang.

Nazmizan mengakui cabaran demi cabaran yang dihadapi menjadikan beliau semakin matang dan dekat dengan Allah.

“Bagi peniaga seperti saya semangat perlu kuat, mesti fokus dan sentiasa berfikiran kritis demi menaikkan lagi perniagaan yang dibina,” jelas wanita kelahiran Kelantan ini.

Restoran Rumah Thai menawarkan pilihan masakan Thailand yang enak dan pelbagai. Antara menu mesti cuba di restoran tersebut termasuk ayam pandan panggang, kerapu tiga rasa, tomyam Songkhla dan udang mentega.

“Kami juga menawarkan pakej hidangan untuk keluarga dan kumpulan. Harga yang ditawarkan bagi setiap menu amat berpatutan,” katanya.

Kini restoran yang dibuka dari pukul 12 tengah hari hingga 12 malam itu, telah mengorak langkah dengan menawarkan perkhidmatan katering di bawah nama Seri Saji Catering yang menyediakan aneka masakan Melayu istimewa untuk majlis perkahwinan, seminar, rumah terbuka dan apa jua majlis.

Ciri-ciri peniaga dan usahawan perlulah berfikiran kritis dan inovatif, justeru, Nazmizan turut menjual pati tomyam resipi turun-menurun bapanya, kuah rojak buatan sendiri yang akan dikomersialkan dengan meluas menerusi bantuan sokongan daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).


sumber Utusan Malaysia 19 Februari 2008

http://usahawan-jaya.blogspot.com/2008/03/bermula-dari-gerai-kini-pemilik.html


Posted by Restoran Rumah Thai at 04:27:02 | Permalink | No Comments »

Restoran Rumah Thai - Malay Heritage Panel & Decor

Panel tingkap yang mempunyai sesalur udara adalah tarikan utama RRT Cawangan Taman Melati. Design ini merupakan hasil seni bina melayu yang sangat halus dan mempunyai nilai estitika yang tinggi untuk RRT. Panel sesalur udara ini diambil dari rumah melayu tradisional di Kajang Selangor.  Gambar dibawah menunjukkan perbezaan pada mula-mula operasi (tiada panel) dan penggantian sign board yang baru

 

Decor dalaman menggunakan kayu sepenuhnya dan dilitupi dengan bumbung “clay” yang diperbuat di Calcutta, India pada zaman British lagi. Bumbung “clay” ini diambil disekitar bangunan lama KTM, Residen Inggeris dan Kaurters Kerajaan yang hendak dirobohka.

 


Posted by Restoran Rumah Thai at 03:25:10 | Permalink | No Comments »

Selamat Hari Ibu - RRT Saujana Club House

Buat julung kalinya, Restoran Rumah Thai (RRT) menyambut hari ibu di Saujana Club House. Kira-kira 60 orang telah menghadiri majlis tersebut yang telah diadakan pada 17 May 2008. Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran Billy & Jaja dan host pada malam itu adalah Cik Lela dan Bob.

Pihak RRT mengucapkan ribuan terima kasih kepada Glomac dan kepada ibu-ibu yang hadir pada malam tersebut. Berikut adalah hidangan terpilih pada hari ini……..


Posted by Restoran Rumah Thai at 02:29:59 | Permalink | No Comments »